Tuesday, 9 February 2016

Cuti Rehat Khas ( CRK ) Untuk Penjawat Awam/Guru

Secara umumnya CRK ini diperuntukkan sebanyak 10 hari dalam setahun. Cuti ini tidak boleh dibawa kehadapan jika tidak habis digunakan, tetapi boleh dikira untuk mendapat Gantian Cuti rehat (GCR ). Gantian Cuti Rehat adalah Award wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.

Kelayakan Cuti Rehat Khas ( Guru )

Semua pegawai yang mengajar dan diberi kemudahan cuti penggal atau cuti semester di sekolah atau institusi pelajaran dan pengajian tinggi. Guru sandaran terlatih Guru Kontrak

Peraturan dan Syarat

Pihak yang meluluskan hendaklah memastikan " pengurusan pengajaran dan pembelajaran tidak terjejas". Terma dan syarat ini memang termaktub dalam pekeliling, dan sebagai penjawat awam yang bertugas sebagai ( guru atau golongan tenaga pengajar) harus memahami dan meneliti frasa ini sepenuh hati.

Senarai Permohonan Cuti Rehat Khas Yang Boleh Dipertimbangkan :

  1. Menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara rapat yang sakit tenat atau meninggal dunia
  2. Mengiringi ahli keluarga untuk mendapatkan rawatan
  3. Menghadiri upacara keagamaan yang dianuti pegawai
  4. Dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan sebagainya.
  5. Menghadiri majlis konvokesyen bagi pegawai atau ahli keluarga.
  6. Mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengjaian tinggi (di dalam atau di luar negara).
  7. Menunaikan fadhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi.
  8. Menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus
  9. perkahwinan pegawai atau anak pegawai
Di sini saya lampirkan Pelaksanaan Pekeliling baru mengenai cuti CRK (Cuti Rehat Khas) Tahun 2017
Walau bagaimanapun, Guru Besar/ pengetua atau Ketua Jabatan boleh memberi pertimbangan atas lain-lain alasan yang munasabah dengan syarat kelulusannya tidak menjejaskan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Pihak yang Layak Meluluskan CRK

Kelulusan terhadap CRK ini boleh dibuat oleh guru besar atau pengetua sekolah, ketua institusi di mana pegawai yang memohon berkhidmat, ataupun mana-mana individu yang diberi kuasa untuk meluluskan CRK.

Walaubagaimanapun, pihak yang meluluskan CRK bertanggungjawab untuk memastikan pengurusan pengajaran dan pembelajaran kekal berjalan dengan baik.

Isu-isu Yang Selalu Berlaku di Peringkat Sekolah:

CRK selepas cuti hujung minggu atau selepas cuti panjang. Kadangkala ada pentadbir yang meragui permohonan CRK guru apabila selepas cuti, kerana dikatakan menyambung cuti. Namun sebenarnya mungkin ia mempunyai sebab yang tidak dapat dielakkan.

CRK Hak Guru atau Hanya Keistimewaan?

Ramai yang marah apabila CRK tidak diluluskan oleh Ketua Jabatan, dan menyangka ia adalah hak guru untuk memohonnya. Namun hakikatnya CRK merupakan keistimewaan yang diberikan kepada penjawat awam untuk digunakan ketika memerlukannya, dan atas kelulusan Ketua Jabatan. Ketua Jabatan juga perlulah mempunyai sikap bertimbang rasa terhadap orang di bawahnya.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon