Monday, 9 December 2019

Nyanyian lagu kebangsaan dalam bahasa Mandarin, JPN sudah ambil tindakan


Seremban - Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) telah mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu lagu kebangsaan Negaraku yang dinyanyikan dalam bahasa Mandarin di sebuah sekolah di daerah ini.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Dr Mohamad Rafie bin Ab Malek berkata, kejadian itu berlaku pada 19 September 2018 membabitkan 20 orang murid Tahun Lima di sebuah Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC) di sini.

Bagaimanapun, katanya video berkenaan ditularkan semuala menerusi laman sosial sehingga mengundang rasa kurang senang orang ramai.

Perkara ini juga telah dijawab oleh Perdana Menteri yang menegaskan nyanyian lagu tersebut perlulah di dalam Bahsa Melayu dan bukan bahasa lain.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon