Friday, 27 December 2019

Undang orang kenamaan, ahli politik ke sekolah perlu patuh pekeliling KPM

Pada 11 November yang lalu, satu surat peringatan telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan pematuhan arahan mengundang orang-orang kenamaan ke upacara sekolah dan penggunaan premis sekolah oleh pihak luar.

Surat tersebut dikeluarkan setelah KPM mendapati kebalakangan ini terdapat kecenderungan dalam kalangan pihak sekolah untuk menjemput individu atau orang perseorangan daripada pelbagai latar belakang untuk merasmikan upacara di peringkat sekolah.

Selain itu, pihak sekolah turut menerima jemputan untuk menghadiri mahupunterlibat dalam acara/majlis rasmi tertentu yang dianjurkan oleh pihak luar KPM termasuk daripada pihak pembangkang.

KPM suka mengingatkan bahawa surat peringatan (Rujukan:KPM:100-1/3/2 (4) bertarikh 3 Mei 2019) berkenaan keakuran dan kepatuhan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 3 Tahun 2008: MENGUNDANG ORANG-ORANG KENAMAAN KE UPACARA SEKOLAHDAN PENGGUNAAN PREMIS SEKOLAH OLEH PIHAK LUAR


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon