Thursday, 2 January 2020

Guru Tabika cedera disamun di dalam kelas

MERSING: Seorang guru Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) cedera di bahagian hidung selepas disamun seorang lelaki bersenjatakan pisau dalam premis berkenaan di FELDA Tenggaroh 1, di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa seorang wanita berusia 40 tahun disamun ketika berseorangan di dalam Tabika KEMAS berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Mersing, Asisten Superintendan Mohd Nor Mohd Isa, berkata ketika kejadian, hanya mangsa seorang diri, manakala pembantu Tabika dan anak murid sudah meninggalkan premis berkenaan pada hari pertama persekolahan itu.

“Semasa mangsa berada di Tabika itu, wanita berkenaan diserang seorang lelaki memakai topeng muka dan bersenjatakan sebilah pisau.

“Suspek juga melarikan beg tangan mangsa yang mengandungi dokumen penting peribadi serta sejumlah wang tunai milik mangsa,” katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Mohd Nor berkata, mangsa mengalami kecederaan di bahagian hidung dan dirujuk ke Hospital Mersing untuk rawatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan,” katanya.

Katanya, usaha mengesan suspek juga sedang giat dijalankan pihaknya.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon