Thursday, 2 January 2020

Selepas Maszlee, Teoh Nie Ching juga perlu letak jawatan

TIDAK adil buat Maszlee Malik sahaja yang perlu memikul segala tanggungjawab di atas kegagalan Kementerian Pendidikan, sedang timbalannya Teoh Nie Ching boleh lepas laku.

Peletakkan jawatan Teoh Nie Ching akan membuktikan bahawa parti DAP yang diwakilinya betul-betul mementingkan integriti.

Sebelum ini saya telah tulis bahawa Maszlee akan kena kerat satu hari nanti dan akhirnya beliau dinasihatkan meletakkan jawatan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau meletakkan jawatan selepas pemimpin DAP Lim Kit Siang menyerangnya berhubung isu soalan peperiksan di UniMAP yang berkaitan dengan pendakwah bebas Zakir Naik.

Maszlee memulakan kerjaya sebagai Menteri Pendidikan dengan membuat kenyataan yang menimbulkan kemarahan rakyat apabila dan dipersenda kerana menukar kasut sekolah daripada putih kepada hitam bermula tahun ini.

Kerana naifnya beliau dengan politik dan pengurusan kementerian menyebabkan Maszlee menjadi punca kemarahan masyarakat dan turut menjadi bahan persendaan pihak pembangkang.

Selepas itu satu demi satu isu timbul termasuk terbaharu beliau memasang papan tanda yang mempunyai gambar sendiri dan gagal menangani isu soalan peperiksaan di UniMAP.

Penasihat media kepada Perdana Menteri, A Kadir Jasin menyelar beliau kerana tindakan memasang papan tanda itu sebagai gagal menghayati tugas sebenar kerajaan.

Kadir berkata kerajaan adalah soal program dan rakyat, dan bukannya tentang memuja pemimpin.

Persoalannya apakah semua kesalahan itu harus diletakkan sepenuhnya di bahu Maszlee semata-mata, bagaimana pula dengan peranan Timbalan Menteri dan Ketua Pengarah Pendidikan.

Oleh itu Teoh Nie Ching juga perlu bertanggungjawab kerana menjadi punca buku berunsur komunis yang diedarkan di sekolah-sekolah serta membuat kenyataan sekolah menengah Tamil akan ditambah sedangkan sekolah vernakular sedang dicabar di mahkamah.

We Share because We Care

3 comments:

  1. sepatut mcm itu juga, admin cakap pun ada comment sense. Tetapi timbalan bukan dari parti bersatu, lagi pm Atau president parti pun tidak minta dap buat. Sebenarnya Boleh cabinet reshuffle. Ten semestinya minta resign. Sebab minister dgn yb , minister ada lagi banyak Tekanan Dan experience. Bekas minister perlu fikir betul betul Secara matang. Sebab mungkin Ini jadi last chance untuk beliau jadi cabinet Bawah parti bersatu.

    ReplyDelete
  2. Daripada beliau resign , beliau juga mengaku Semua Kelemahan. Saya rasa Cara yang lagi sempurna, yalah duduk berbincang bersama dgn 3 parti, kem Pendidikan , dong zhong, dewan bahasa & pusaka atau ahli kesateraan melayu. Sebab ini issue pendidikan bukan isu politic.

    ReplyDelete
  3. kalu Madey tak Tahu nak pilih siapa bakal jd menteri kpm sy Nak cadangkan open pd pembangkang krn ketokohan beliau semasa jd exco pendidikan Selangor beliau sgt menjaga hal pendidikan tanpa kira parti. sgt beri manfaat pd rakyat d selangor..Demi masa depan utk anak2 Malaysia pd masa Kini perdana menteri kena fikir dgn Cara YG baik jgn JD kambing Hitam pd DAP...
    .

    Madey kena lihat apakah ADA tokoh terbaik dlm pH UTK memilih calon2 nya menjadi pemimpin negara? Menteri2 sediada dlm pH semua tak professional utk JG malaysia sedikit pun tak beri keuntungan pd negara Dan rakyat

    .

    Sy yakin beliau JG mampu mengatasi masalah pendidikan Malaysia dgn baik Tanpa d cantas oleh puak2 DAP.. beliau sgt lantang dlm Dewan mengatasi masalah rakyat .

    .

    Siapa setuju:

    Dr Halimah Ali (PAS) Vs

    Teoh Nie , Ching DAP

    #SELAMATKANSISTEMPENDIDIKANMALAYSIA
    #DRHALIAMAHALIPILIHANTERBAIK

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon