Tuesday, 4 February 2020

Cikgu dituduh pemalas, tak ikhlas sebab tak cuci bekas makanan anak


Viral beberapa cetakan skrin perbualan seorang ibu kepada guru kelas anaknya. Perbualan yang agak kasar tersebut hanya berlaku satu hala tanpa respon oleh guru tersebut.

Ibu tersebut mendakwa guru kelas anaknya itu seorang yang pemalas kerana tidak mencuci bekas makanan yang dibekalkan kepada anaknya. Ibu itu juga dilihat cuba mengugut untuk memalukan guru tersebut di dalam kumpulan Whatsapp mereka.

Baca juga: Pelajar bukan orang gaji, minta padamkan papan hitam

Rata-rata netizen terutama golongan guru terkilan dan amat marah dengan tindakan ibu tersebut. Mereka berpendapat, ibu kepada murid tersebut amat melampau dan tidak bertanggungjawab bukan sahaja kepada anaknya, malah kepada pihak sekolah.

Muat Turun: Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran

Tugas guru sepatutnya mengajar dan bukan jadi tukang cuci ataupun memeriksa segala kelengkapa murid yang dibawa dari rumah. Ini adalah tugas utama penjaga dan ibu bapa.

Hilang sudah rasional ibu bapa pada zaman sekarang. Amat menyedihkan persepsi terhadap guru begitu hina di mata mereka.


We Share because We Care

1 comment:

  1. Ingat cikgu itu org gaji kamu ke. Kerja cikgu untuk mendidik anak kita Bukan untuk jadi maid anak mu. Bersyukurlah cikgu Banyak berjasa dan banyak berkorban, jgn menhina pada mana2 cikgu.

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon