Saturday, 29 February 2020

Muhyiddin angkat sumpah PM ke-8 esok

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah melantik Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Parlimen sebagai perdana menteri baru.

Istana Negara dalam satu kenyataan mengumumkan pelantikan itu selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“”Setelah mendapat representasi daripada semua ketua parti politik yang mewakili parti masing-masing serta ahli Dewan Rakyat bebas, pada hemat Seri Paduka Baginda, ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat ialah Mahiaddin Md Yasin (Muhyiddin), ahli Parlimen Pagoh.

Baca juga: "Misi saya sudah selesai" - Zahid Hamidi ketika keluar dari rumah Muhyiddin

“Proses seterusnya ialah istiadat pengurniaan suratcara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri pada 1 Mac 2020 jam 10.30 pagi di Istana Negara.”

Agong berkata, proses pelantikan perdana menteri tidak boleh dilengahkan kerana Malaysia memerlukan sebuah kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara.

“Ini adalah keputusan terbaik untuk semua dan baginda menzahirkan harapan agar kemelut politik ini berakhir.”

Sultan Abdullah mengucapkan terima kasih kepada rakyat dan semua pihak terbabit, khasnya agensi kerajaan, keselamatan dan pihak media.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon