Thursday, 6 February 2020

Penjelasan JPA berkenaan penebusan awal GCR oleh penjawat awam

Putrajaya - Pemberian ganjaran wang tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) adalah tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Pencen 1980.

Ia merupakan salah satu faedah yang akan diberikan kepada penjawat awam apabila bersara kelak.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan bahawa Penebusan Gantian Cuti Rehat (GCR) sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai bagi penjawat awam yang telah berkhidmat sekurang- kurangnya 15 tahun yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2020 memerlukan pindaan ke atas peraturan yang berkaitan di dalam Peraturan-Peraturan Pencen 1980.

Pindaan ke atas Peraturan-Peraturan Pencen 1980 seperti yang dinyatakan perlu diselesaikan terlebih dahulu agar pelaksanaan perkara ini adalah teratur mengikut undang-undang yang berkuatkuasa.

Pengumuman penebusan awal GCR akan dikeluarkan dan dimaklumkan kepada umum melalui surat Pekeliling Perkhidmatan yang akan diedarkan kepada semua Kementerian/Jabatan/Agensi kerajaan.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon