Friday, 20 March 2020

Muat Turun Format Baharu SPM dan UPBA bermula 2021 - LPM

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah mengeluarkan Surat Siaran berkenaan Format Instrumen Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) mulai tahun 2021 bagi Mata Pelajaran Akademik Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Bersama-sama surat siaran tersebut juga disertakan Format Instrumen Peperiksaan (Lampiran 1-29) bagi semua mata pelajaran tersebut untuk rujukan.

Format berkaitan boleh dimuat turun daripada portal Lembaga Peperiksaan mulai 20 Mac 2020.

Pelaksanaan Format Instrumen Peperiksaan ini mulai tahun 2021, pelaksanaan Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi murid Tingkatan 4 tahun 2020 ADALAH SEBAGAI PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD).

Muat Turun Surat Siaran Format Baharu SPM


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon