Wednesday, 29 April 2020

Bos NAZA mohon maaf atas komen terhadap penjawat awam

Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin membuat permohonan maaf secara terbuka melalui akaun Instagram beliau hari ini susulan komen yang dibuat ke atas penjawat awam semalam.

Beliau menjelaskan beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak dengan hantaran tersebut.

“Saya memohon maaf sekiranya niat saya telah disalahtafsirkan atau telah menimbulkan tekanan emosi kepada masyarakat,” jelas beliau.

Beliau juga menegaskan bahawa beliau menyokong segala usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam memerangi wabak COVID-19.
Beliau turut menyokong usaha kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat dalam masa-masa sukar ini.

Komen beliau terhadap penjawat awam dan ahli politik semalam tular dan mendapat reaksi negatif dari penjawat awam yang rata-rata tidak dapat menerima pendapat beliau

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon