Wednesday, 22 April 2020

COVID-19: Pengarah urusan Mydin persoal kerajaan tidak potong gaji penjawat awam

PETALING JAYA: Taikun sektor runcit terkenal mempersoalkan bagaimanakah penurunan cukai dan kejatuhan harga eksport komoditi utama akan membolehkan Putrajaya mengekalkan gaji pegawai awam.

Ini tidak seperti sektor swasta yang mengumumkan potongan gaji dan pembuangan pekerja susulan kesan kewangan akibat krisis Covid-19 yang sedang berlaku.

Pengarah urusan rangkaian pasar raya besar Mydin, Ameer Ali Mydin berkata, hasil kerajaan akan terkesan bukan sahaja kerana kejatuhan harga eksport seperti minyak mentah dan minyak sawit, tetapi juga kemerosotan kutipan pelbagai cukai, termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST) berikutan penutupan perniagaan dan berkurangnya perbelanjaan pengguna.

“Syarikat perniagaan terhimpit dan semua orang dalam sektor swasta menghadapi potongan gaji, termasuk mereka yang bekerja sendiri. Kita semua terkesan,” kata Ameer kepada FMT.

Beliau berkata, syarikatnya membuat potongan gaji kakitangan sehingga 50% dan menghentikan bayaran kepada pengarah atasan.

“Kami tidak ada pilihan. Sama ada terima potongan gaji atau gulung tikar,” katanya.

Beliau berkata, banyak industri terpaksa mengambil langkah drastik, termasuk memberhentikan kakitangan mereka.

Bagaimanapun katanya, keadaan ini tidak berlaku dalam kalangan 1.6 juta pegawai awam walaupun anggota Kabinet membuat potongan gaji 2 bulan seperti diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

“Menteri dan timbalan menteri menerima potongan gaji. Sesetengah menteri besar dan anggota mereka juga berbuat demikian. Itu bagus.

“Tetapi sebilangan pegawai tinggi kerajaan masih mendapat gaji penuh, termasuk ahli Parlimen dan Adun. Mereka yang berpendapatan RM3,000 ke atas patut menerima potongan gaji,” kata Ameer.

Beliau berkata, gaji pegawai awam juga patut dikurangkan, selain menambah bahawa penjimatan itu boleh digunakan bagi membantu golongan miskin yang paling terkesan oleh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ameer berkata, potongan gaji pegawai awam boleh dibuat berdasarkan peringkat gaji mereka.

Beliau juga berkata, selain pinjaman perumahan yang diambil oleh pegawai awam melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), semua pinjaman bank lain diberikan moratorium.

“Tiada moratorium diberikan ke atas pinjaman LPPSA kerana pegawai awam mendapat gaji penuh. Jika mereka menerima potongan gaji maka tentulah harus diberikan moratorium ke atas pinjaman LPPSA.

“Semua orang harus memikul beban ini,” katanya.

Sumber: Free Malaysia Today

We Share because We Care

9 comments:

  1. Saya seorang guru di sk. Pada hemat saya, kakitangan kerajaanlah terlebih dahulu menawarkan diri utk berkorban demi negara tatkala kritikal begini. Saya malu di saat negara menghadapi bencana, kita duduk di rumah (pkp), gaji dpt penuh. Bagi yg dapat gaji 6000 ke atas tu ,pulangkanlah sedikit-10% @ 20% kpd negara.

    ReplyDelete
  2. Dia tak reti kira ke? Kalau dah gaji rm3000 katakan . Potong kereta n rumah katakan rm1500... tinggal rm1500.... kalau dah potong gaji separuh, habis la semua nak makan apa.. kalau gaji rm15000 tak pa la... math simple pun susah kira

    ReplyDelete
  3. Sebelum buat statement, buatlah kajian dahulu. Kebanyakan Government Servants adalah dr golongan B40 & M40,... dlm masa PKP ni, mrk juga terkesan akibat gelombang ketidaktentuan ekonomi drpd punca wabak ini. Kebanyakan mrk jugalah yg sama2 membantu termasuk mrk yg dr sektor swasta utk sama2 membantu, generate ekonomi domestik. So, ada win win situation. So kalaulah cadangan utk memotong gaji kakitangan awam bermaksud tiadalah golongan B40&M40 dr kakitangan awam. Kalau begitu lebih baik tunggu sumbangan tiap2 bulan dr Mydin drpd membeli barangan di sana & dpt untung dr urus niaga domestik ����‍♂️����‍♂️����‍♂️

    ReplyDelete
  4. BOIKOT si mamak mydin ni yang sudah kaya raya memeras tenaga pekerjanya dengan gaji yang murah. Jenis orang yang tidak tahu bersyukur.

    ReplyDelete
  5. Mydin tu kan pasaraya bsr..Engko boss kpd sykt ko.Ko nak potong gaji pekerja ko,ko punya tau.Penjawat Awam ramai yg bekerja dlm tempoh Pkp ini.Lebih berkat jika ko ambek tau kepayahan org miskin utk makan.Engko boss bsr,ko bantulah mereka dgn mensedekahi serba sedikit rezeki ko tu..

    ReplyDelete
  6. boikot je mydin ni...cari pasal

    ReplyDelete
  7. Mydin buat la diskaun barang2 jualan 80% pada semua Mydin kt Malaysia ni ckp x serupa bikin mamak ni

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon