Saturday, 18 April 2020

Guru di Malaysia tak makan gaji buta...


Saat banyak tuduhan dilemparkan kepada golongan guru sampai ada yang minta gaji cikgu dipotong, duduk saja dan sebagainya, statistik pula menunjukkan sebaliknya.

Ini fakta. Ini statistik. Ini adalah usaha sebenar guru-guru di Malaysia yang banyak orang tidak nampak. Namun statistik tidak menipu.

Nombor dua dari lebih 200 negara. Nombor dua dik, bukan dua puluh, bukan dua ratus.

Kita mengalahkan banyak negara moden dan yang lebih maju daripada kita. Kita mengalahkan negara yang kononnya memiliki kemajuan paling pesat, teknologi paling canggih dan hebat.

Kita berada di tangga kedua paling aktif menggunakan Google Classroom untuk sesi pembelajaran semasa tempoh satu dunia tengah darurat ini.

Tahniah semua guru di Malaysia. Kalian insan hebat dan mantap.


Biarkan orang terus berkata. Biarkan segelintir terus mencerca. Kita terus berkongsi ilmu tanpa jemu. Kita terus berbakti tanpa henti.

Saya bangga menjadi salah seorang guru di antara lebih 400,000 guru di Malaysia.

Yang bijak dengan fakta....

Sumber: Facebook Aichah Ghani Aizul

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon