Sunday, 19 April 2020

Terima Kasih Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin

Mengambil tampuk kementerian yang penuh dengan isu dan kontroversi ini bukanlah satu perkara yang mudah. Ianya memerlukan kaedah membuat keputusan yang sangat jelas, jitu tanpa prejudis untuk semua apatah lagi untuk modal insan negara, murid.

Dr Radzi Jidin, Menteri Pendidikan yang baharu kini menepati ciri-ciri yang diperlukan. Walaupun belum masuk bulan kedua berada di kerusi panas ini, beliau terpaksa membuat beberapa keputusan drastik akibat situasi semasa yang berlaku sekarang.
Namun begitu, kaedah penyampaian beliau yang cukup tenang dan konsisten sedikit sebanyak membantu masyarakat memahami lanjut situasi semasa yang berlaku.

Kepada yang terlepas menonton sidang media tersebut boleh tonton di sini.
Siapa Dr. Radzi?

Dr Radzi mendapat pendidikan awal sekolah rendah dan menengah di Ketereh, kemudian melanjutkan pelajaran di Maktab Tentera (RMC), Sungai Besi, sama kolej dengan Annuar Musa dan Alwi Che Amat. Pendeknya dari segi pendidikan beliau tidak terkalah bahkan dari segi pemilikan ijazah beliau lebih tinggi kerana memiliki Doktor Falsafah (Phd).

Selepas keluar MRC dan tamat membuat persediaan untuk belajar di luar negara, beliau ke Australia mengikut pengajian Ijazah Pertama Perdagangan (Perakaunan dan Kewangan) di La Trobe University, Melbourne, Australia. Sebelum itu beliau kembali ke tanah air untuk menyiapkan Master di Universiti Utara Malaysia (UUM). Kemudian kembali ke Australia sekali lagi untuk mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah (Phd) di The Australian National University. Selama hampir 20 tahun beliau berada di negara Kanggaroo itu dan berkhidmat di sana sebagai pensyarah dan pakar perunding.

Dr Radzi seorang murid yang cemerlang dan pintar. Sepanjang pengajian beliau mendapat berbagai pengikhtirafan termasuk penerima Biasiswa Kecemerlangan Akademik dari Fakulti Pengurusan dan Undang-Undang La Trobe University.

Beliau juga terpilih untuk menerima biasiswa dari Harvard Business School Alumni Club of Malaysia. Jarang sekali pelajar dan anak Melayu yang mendapat peluang dan pengikhtirafan sebegitu.

Semasa menjadi pelajar di Australia bergerak cergas dalam politik dan kesatuan Melayu di sana. Beliau bertanggungjawab menubuhkan Kelab Umno Australia dan News Zealand dan bertanggungjawab menjaga dan mengawal 12 kelab Umno di kedua-dua negara itu. Beliau juga dilantik menjadi Pengerusi Kelab Umno Australia dan New Zealand.

Pada persidangan agung Umno 2005 beliau dipilih mewakili 52 kelab Umno sedunia untuk berucap di perhimpunan berkenaan. Kejayaan dan pencapaian Dr Radzi baik dalam aspek ini sesungguhnya membangga orang Ketereh.

Mengenai penglibatan dan keaktifannya di Australian, semasa mula tiba di Australia lagi beliau dilantik menjadi Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di sana.

Aktiviti dan kebajikan bukan terhad disitu saja, beliau juga ikut sama bergerak cergas dalam kesatuan Melayu Islam di Canberra dengan dilantik menjadi Juruaudit Kehormat. Beliau juga dilantik menjadi Timbalan Presiden dan Penolong Bendahari persatuan Melayu Islam New South Wales, Australia (IMAAN).

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon