Sunday, 10 May 2020

Bagaimana Cuti Tanpa Gaji (CTG) Satu Hari Jejaskan Jumlah Bayaran Pencen Anda?

Sedikit informasi berkaitan Cuti Tanpa Gaji 1 hari yang menjejaskan bayaran pencen anda kelak? Jom ikutk penjelasan daripada Bahagian Pencen.

Bagaimana 1 Hari Cuti Tanpa Gaji (CTG) Diambil Boleh Mengurangkan 1 Bulan Tempoh Perkhidmatan Yang Boleh Dimasuk Kira (YBDK)?

Penjelasan Ini Bernilai Lebih 5 Ratus Ringgit !

Kenyataan di atas bukan tujuan menakutkan-nakutkan kalian. Pastinya semua bakal pesara, harapkan yang baik-baik tatkala nak bersara. ‘Smooth and steady’ seperti dijangka. Tak nak kisah-kisah sedih, nak ‘Happy ending’. Justeru, sebab Min sayang Followers Min, Min nak cerita bagi semua faham.☺

Perbincangan ini, tidaklah berkait dengan kesannya kepada tempoh kekananan mahupun naik pangkat. Ini berkaitan pengurusan pencen sahaja. 😁

30 tahun berkhidmat, sangat komited, tak sempat nak ambil tahu pun urusan perhidmatan. Lagilah ada orang PSM seperti CC Sharifah, yang boleh tengok²kan.

AMBIL BERAT PENGURUSAN PERKHIDMATAN

Dekat nak bersara, baru mula tertanya-tanya. Mula nak tahu, apa itu Tempoh Perkhidmatan Yang Boleh Dimasuk Kira (YBDK) untuk pengiraan faedah persaraan. Lagi ‘confuse’, lagilah pening, apabila Min nyatakan, “1 Hari Cuti Tanpa Gaji, Boleh Hilang 1 Bulan Tempoh Perkhidmatan”. Saja bagi ‘Thriller’ dulu semalam 😆

Isu perkhidmatan ini menarik untuk didalami. Lagi-lagi, Min kata harga penerangan ini nilainya ‘Lebih 5 Ratus Ringgit !’

Ada 1 kes yang Min 'handle'. Pesara kita ni, dia ‘hilang lebih 5 Ratus Ringgit’ dari kadar ganjaran perkhidmatan yang sepatutnya diterima. Disebabkan CTG 1 hari yang telah diambil, 1 bulan Tempoh Perkhidmatan YBDK 'hilang' atas CTG yang diambil, untuk tujuan saja-saja. Beliau yang kata. Bukan Min. Bagaimana boleh berlaku? Penerangan Min seperti Contoh Kes di bawah.

Kalau dikira-kira yang terkesan lagi, 'hilangnya' dari kadar pencen bulanan sepatutnya beliau terima. Ada lah, kadarnya bolehlah bayar bil letrik sebulan untuk 1 rumah keluarga kecil!

Kes macam ni, ‘jaarang-jaarang’ sangat berlaku. Tapi ada.

Kalian kalau ambil CTG ini untuk tujuan yang baik-baik, janganlah menyesal ya. Ganjaran Yang Maha Esa lagi besar nilainya.

FAEDAH PERSARAAN

Sebelum itu, kita kena tahu, apabila kita bersara, sekurang-kurang ada 3 faedah persaaan yang asas (Kalau GCR tak kumpul, tak dapat lah) berbentuk 'Money', kalau Pak Arab kata 'Fulus' dengan formula pengiraan berikut :

1. Pencen Bulanan

1/600 x jumlah genapnya BULAN perkhidmatan yang boleh dimasuk kira x gaji akhir yang diterima (gaji pokok)

2. Ganjaran Perkhidmatan (Dibayar Sekaligus)

7.5% x jumlah genapnya BULAN perkhidmatan yang boleh dimasuk kira x gaji akhir yang diterima (gaji pokok)

3. Ganjaran Cuti Rehat (Dibayar Sekaligus)

1/30 x Jumlah Cuti Rehat x (Gaji Akhir + Elaun Tetap)

Apa yang dimaksudkan Tempoh Perkhidmatan YBDK ini?

Secara ringkas, ia adalah jumlah genap BULAN perkhidmatan yang kita boleh ambil untuk dimasuk kira dalam 2 formula pengiraan di atas iaitu Pencen Bulanan dan Ganjaran Perkhidmatan.

Antara Tempoh Perkhidmatan YBDK ialah tempoh Pegawai Hadir Bertugas, Pegawai Bercuti Bergaji dan Pegawai Bercuti Tanpa Gaji yang DIBERI atas sebab dasar awam. (Rujuk Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pencen 1980). Kalau susah nak faham, sila baca 2 kali, perlahan-lahan. ☺

Cuti Tanpa Gaji yang Min nak cerita di sini ialah yang ‘tidak layak’ diambil sebagai Tempoh Perkhidmatan YBDK seperti yang disebut dalam Peraturan 7 (a), Peraturan-Peraturan Pencen 1980, iaitu CTG, ‘selain’ daripada CTG yang DIBERI atas sebab dasar awam. Misalnya?

Misalnya, mohon CTG atas tujuan 'peribadi' untuk apa-apa urusan pun; jaga anak, jaga ibu bapa sakit, jaga perniagaan popia basah keluarga, jaga kucing baru bersalin, nak melancong, saja-saja ke, asalkan dah Ketua Jabatan luluskan, silakan.

Faham tak sampai sini? Kalau faham, jom kita sambung.

BULAN PERKHIDMATAN?

Nampak tak yang Min taip huruf besar ‘genapnya BULAN perkhidmatan’?

Ingat, kita bukan ambil kira ‘hari’ berkhidmat. Tapi BULAN perkhidmatan.

Sebagai Contoh Kes :

Pegawai mula berkhidmat pada 1.4.2000 dan bersara pada 1.4.2020. Kalau ikutkan, pegawai telah berkhidmat selama 20 tahun yang bersamaan 240 BULAN 00 hari. (Genap 240 BULAN perkhidmatan)

Sekiranya pegawai ambil 1 hari CTG sepanjang perkhidmatannya (pada masa itu untuk tujuan peribadi, selepas menghabiskan cuti rehat berkelayakan), maka 1 hari tersebut akan ditolak dari 240 bulan dan 00 hari tersebut.

Oleh itu, Tempoh Perkhidmatan YBDK, akan jadi 239 bulan dan 29 hari. (Bulan April kan ada 30 hari, jadi 30 hari - 1 hari CTG, jadi lah 29 hari).

Jadi, Tempoh BULAN Perkhidmatan YBDK ialah 239 BULAN sahaja (ambil Genap 239 BULAN perkhidmatan). Jangan pula kalian pandai-pandai bundarkan 29 hari ini kepada puluh terhampir jadi 30 hari, jadi sebulan balik. Min tak ajor yang ni, Min rotan kang.😂

Ke mana perginya 29 hari tu? Halalkan sahaja, niatkan sedekah, niatkan untuk tolak tempoh masa-masa kita ‘terambil’ untuk urusan yang bukan rasmi semasa bertugas. InsyaAllah hidup lebih berkat.

Bagaimana pula kalau jumlah Tempoh BULAN berkhidmat ialah 239 bulan dan 5 hari, CTG diambil ialah 4 hari? Mudah sahaja, hanya ditolak 4 hari sahajalah. Jadinya 239 bulan dan 1 hari. Bagi Tempoh genap BULAN berkhidmat YDMK ialah 239 BULAN sahaja (ambil Genap 239 bulan perkhidmatan).

KESIMPULAN

Semua ini Min bagi tahu ikut Peraturan Pencen. Ada juga dengar bisik-bisik “Macam tak adil je, rugilah hilang 29 hari tu!”.

Peraturan diwujudkan, mesti ada sebabnya. Dulu-dulu punya cerita. Halalkan ‘please’ untuk dapatkan berkat-Nya. Min hanyalah insan kerdil yang hanya menyampaikan pengetahuan sedia ada. Semoga semuanya bermanfaat untuk semua.

Ingat, kes seperti ini ‘jaaarang’ berlaku, tapi ada. Ada juga beberapa lagi jenis cuti yang tak layak diambil, turut boleh memberi kesan kepada Tempoh Perkhidmatan YBDK seperti CTG ini. Nantilah kita sambung. Kita 'slow-slow' ya. Sikit-sikit nanti pandai laah.

Sekarang, kalian pun dah untung lebih 5 Ratus Ringgit tau! 😆

Yang OHSEM,
Admin

Sumber: FACEBOOK BAHAGIAN PENCEN

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon