Tuesday, 12 May 2020

Buka Sekolah: Panduan Pengurusan Sekolah Pasca PKP Telah Dimuktamadkan - Dr Radzi Jidin

Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin dalam wawancara Soal Rakyat TV3 menjelaskan bahawa pelajar yang bakal menduduki peperiksaan akan ke sekolah dahulu, selepas Kementerian Kesihatan Malaysia mengisytiharkan keadaan benar-benar selamat nanti.
Laporan berita TV3 berkaitan SOP yang dimuktamadkan

Kelas peperiksaan yang dimaksudkan itu adalah pelajar dari Tingkatan 5 dan 6 yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM.

Kementerian juga akan mengeluarkan SOP khusus mengenai bagaimana proses pembelajaran untuk pelajar yang terlibat.

Jika sebelum ini dalam kelas ada 35 orang murid, selepas ini mungkin hanya 15 orang sahaja dalam satu kelas. Ia bagi memastikan semua pelajar dapat menjaga jarak sosial.

Ia merupakan cabaran baharu bagi kementerian untuk memastikan pelajar dapat belajar dengan baik dan dalam masa yang sama dapat mengamalkan norma baharu dalam dunia pendidikan.

Sebagai contoh, waktu makan pelajar juga akan mempunyai garis panduannya, jika sebelum ini pelajar akan rehat serentak ke kantin, selepas ini mungkin makanan akan disediakan terus kepada pelajar atau waktu rehat akan diberikan secara berperingkat, bukan lagi serentak supaya tidak berlaku kesesakan di kantin sekolah.

Beliau percaya, sekolah khususnya guru-guru akan dapat membantu memastikan SOP ini dapat dipatuhi dengan baik. Norma Baharu pendidikan ini akan diterapkan kepada pelajar supaya dapat diamalkan dengan jayanya di sekolah.

Laporan berita TV3 berkaitan Tema Hari Guru

Dalam wawancara itu juga beliau menjelaskan maksud dari Tema Hari Guru 2020, Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu.

Bertepatan dengan situasi Covid-19 ini, belajar bukanlah semata-mata untuk peperiksaan, tetapi untuk ilmu yang boleh digunakan dalam kehidupan.

Pelajar pada masa kini merupakan pemimpin generasi akan datang. Merekalah yang akan menjadi pemimpin buat negara, belajar bukan terhenti bila tamat sesi persekolahan tetapi ia berlaku sepanjang masa.

Teks: Pendidik2u.my

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon