Tuesday, 12 May 2020

Buka sekolah: Pengurusan kelam kabut PGB beri tekanan mental kepada guru

BANGI, 18 Ramadan 1441H, Isnin – Arahan Guru Besar atau Pengetua supaya guru segera kembali bertugas di sekolah masing-masing, sedangkan tidak terbabit dengan pembukaan sesi persekolahan boleh memberikan tekanan psikologi serta mental sekiranya tidak diuruskan dengan baik.

Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Ustaz Mohd Azizee Hasan berkata, pihaknya menerima aduan daripada kalangan guru-guru berhubung arahan berkenaan, termasuk yang tidak terbabit dengan pembukaan sesi persekolahan baharu khususnya untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Beliau berkata, pihak pentadbiran sekolah boleh mengarahkan guru yang berkenaan sahaja menjalankan tugas sebagai persediaan pembukaan sekolah, berdasarkan Pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) pada 8 Mei lalu berkaitan Arahan Pentadbiran Bil. 1/2020 mengenai Garis Panduan Kehadiran Bertugas di Pejabat Bagi Pegawai Dan Kakitangan KPM dala, Norma Baharu Menghadapi COVID-19.

“Langkah beberapa pihak pentadbir yang mengarahkan para guru segera pulang sedangkan mereka masih berada di kampung kerana tidak terlibat dengan pembukaan sesi persekolahan baharu khususnya untuk SPM dan STPM telah memberikan tekanan psikologi dan mental .

“Arahan ini boleh memberikan tekanan jika tidak diuruskan dengan sebaiknya terutama kepada warga guru yang bertugas di sekolah sedangkan ibubapa dan murid-murid di larang hadir ke sekolah sepanjang PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Memandangkan tempoh PKPB dilanjut sehingga 9 Jun, Ustaz Azizee berkata, guru-guru masih meneruskan pembelajaran secara dalam talian, meskipun mereka berada di kampung masing-masing.

“i-Guru menyarankan pihak pentadbir menggunakan pendekatan berhemah dan budi bicara dalam memberikan arahan tersebut serta mengambil kira sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba terutama kepada guru yang masih berada di kampung dan di luar tempat bertugas.

“i-Guru menggesa semua pihak patuh kerana arahan KKM dan MKN serta pekeliling dari Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengelakkan kekeliruan dan percanggahan arahan tugas,” katanya.

Sumber: Ismaweb

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon