Sunday, 17 May 2020

COVID-19: Jadual waktu anjal untuk sekolah pasca pandemik - NUTP

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Hasil laporan kajian yang dilaksanakan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mengesyorkan jadual anjal dirangka bagi kegunaan di sekolah sebagai garis panduan persekolahan penjarakan sosial pasca pandemik COVID-19.

Membentangkan dapatan awal itu, Presiden NUTP, Aminuddin Awang, berkata pakar mencadangkan hanya empat mata pelajaran diajar dalam sehari.

Selain itu, katanya, waktu pembelajaran juga dipendekkan berbanding biasa sebelum ini termasuk melakukan sedikit ubah suai terhadap waktu datang dan pulang murid ke sekolah.

"Pakar juga mencadangkan supaya waktu datang dan pulang diubah bagi mengelakkan kesesakan sedikit iaitu antara 8 atau 8.30 pagi, manakala waktu pulang antara 12 atau 12.30 tengah hari.

"Selain itu, pakar juga bersetuju agar waktu rehat dibuat pengubahsuaian. Dicadangkan pada waktu rehat, pelajar kekal di dalam kelas dan pihak kantin akan mengambil pesanan makan melalui aplikasi tertentu seperti telefon serta makanan akan dihantar mengikut SOP (prosedur operasi standard) yang ketat akan diperincikan.

"Atau ibu bapa boleh menyediakan bekalan makanan kepada anak-anak mereka. Pelajar juga dilarang bertukar-tukar makanan yang dibawa atau alatan-alatan lain yang berkaitan. Dicadangkan supaya pengusaha kantin menyediakan menu lebih awal yang boleh ditempah secara dalam talian oleh pelajar dan ibu bapa," katanya pada sidang media secara dalam talian hari ini.

Kajian berimpak tinggi dan berskala besar berkenaan persekolahan berasaskan pedagogi penjarakan sosial pasca pandemik COVID-19 membabitkan 100 responden dalam kalangan pakar serta hasil analisis 10,171 responden.

Mengenai aspek fizikal bagi tujuan penjarakan sosial dalam kelas, Aminuddin berkata, dicadangkan jumlah murid dalam satu kelas membabitkan 10 hingga 15 orang sahaja dengan jarak antara satu sama lain antara satu meter mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM).

Tegasnya, kedudukan kerusi dan meja mesti ditanda supaya tidak dialih atau dipindahkan.

Pada sidang media sama, beliau juga meminta SOP tambahan dan khusus yang diperlukan bagi pra-sekolah, tadika termasuk sekolah pendidikan khas mengambil kira masalah kawalan kelas di samping risiko tinggi kerana faktor usia serta ketahanan melawan penyakit berjangkit.

"Perlu diberi perhatian khusus bagi pelajar pra-sekolah, tadika dan pendidikan khas kerana sukar untuk mengawal kanak-kanak mengenai penjarakan sosial. Justeru, jumlah pelajar perlu dikurangkan dan dicadangkan persekolahan dinamik dan penggiliran sebagai alternatif terbaik.

"Penjarakan sosial ini walaupun sukar dilakukan, pakar bersetuju amalan ini akan menjadi kebiasaan kepada semua termasuk kanak-kanak di peringkat taska dan tadika.

"Bagi kanak-kanak masalah pembelajaran danyang mempunyai masalah imunisasi tubuh badan disaran supaya yang sihat sahaja dibenarkan datang ke sekolah untuk tempoh penjarakan sosial. Ini bagi memudahkan pengurusan guru dan pihak sekolah," katanya.

We Share because We Care

4 comments:

  1. For me it's good alternative. Well done. Let's do it

    ReplyDelete
  2. Sekolah sy kecik sj tp menampung jumlah murid yg sgt ramai. Ada 1ribu lebih murid. Walau 2 sesi pun, tiap kelas ada lebih 35 org murid. Utk setiap tahun ada lebih dari 6 kelas. Jd mcm mna nk tempatkan murid2 mcmni klau kelas yg sedia ada pun tak mencukupi. Hrp pihak kementerian ambil kira situasi sekolah2 yg mcmni

    ReplyDelete
  3. Good idea, starting school at 8am till 12pm will be ideal for year 1 to year 3.
    The other idea is monday, Wednesday and Friday 1 to 3.
    Tuesday, Thursday and Saturday year 4 to 6. Same timing, 8am to 12pm. For time being let them go to school in alternate days. In this way, everyone get to go to school.
    Same goes to kindergarten with lots of students.

    ReplyDelete
  4. Good idea, starting school at 8am till 12pm will be ideal for year 1 to year 3.
    The other idea is monday, Wednesday and Friday 1 to 3.
    Tuesday, Thursday and Saturday year 4 to 6. Same timing, 8am to 12pm. For time being let them go to school in alternate days. In this way, everyone get to go to school.
    Same goes to kindergarten with lots of students.

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon