Thursday, 21 May 2020

COVID-19: Lima acara Majlis Rasmi Kerajaan 2020 dibatalkan

PUTRAJAYA  - Berdasarkan kepada keadaan semasa negara yang sedang berhadapan dengan  pandemik COVID-19, Majlis Rasmi Kerajaan bagi tahun 2020 yang disenaraikan seperti di bawah adalah DIBATALKAN.

1. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong pada 24 Mei 2020 / 1 Syawal 1441 H (tertakluk kepada pengisytiharan tarikh Hari Raya Aidilfitri  oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja);

2. Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri pada 24 Mei 2020 / 1 Syawal 1441 H (tertakluk kepada pengisytiharan tarikh Hari Raya Aidilfitri  oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja);

3. Acara-acara sempena Hari Pahlawan pada 12 hingga 14 Ogos 2020;

4. Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan pada 19 hingga 20 Ogos 2020;

5. Sambutan Maulidurasul Peringkat Kebangsaan pada 29 Oktober 2020.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon