Thursday, 14 May 2020

COVID-19: PKD Muallim kesan ada pelajar IPT positif COVID-19

PKD Muallim mengesahkan ada pelajar IPT di daerah itu
positif COVID-19 selepas menjalani saringan menerusi
Ops Hantar Pelajar. - Gambar fail
IPOH: Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muallim mengesahkan ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di daerah itu positif COVID-19 selepas menjalani saringan menerusi Ops Hantar Pelajar.

PKD Muallim dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata susulan daripada itu, pihaknya dengan bantuan pusat kesihatan IPT itu mengambil inisiatif membuat pengesanan kontak rapat yang berkemungkinan dijangkiti COVID-19 di salah satu kampus IPT itu.

"Tujuannya adalah mengesan awal secara pencarian aktif kemungkinan positif COVID-19 dalam kalangan warga IPT kampus itu.

"Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah pengesanan aktif, saringan kesihatan COVID-19, sampel ujian calitan COVID-19, arahan kuarantin, pendidikan kesihatan COVID dan pengurusan kesihatan mental dan lain-lain," katanya dalam kenyataan itu malam ini.

Menurut kenyataan itu lagi, PKD Muallim meminta semua warga daerah itu agar tidak panik, sentiasa berada di rumah dan keluar sekiranya ada urusan penting sahaja.

- BERNAMA

KEMASKINI
Buat makluman warga PKD Muallim, susulan dari Ops Hantar Pulang Pelajar IPTA/IPTS ke kampung halaman didapati ada diantara pelajar berkenaan dikesan positif covid-19.

Susulan dari itu, pihak PKD Muallim dengan bantuan Pusat Kesihatan UPSI mengambil inisiatif membuat pengesanan kontak rapat yang berkemungkinan positif dalam kalangan warga UPSI.

Tujuannya adalah mengesan awal secara pencarian aktif kemungkinan positif Covid-19 dikalangan warga UPSI.

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah pengesanan aktif, saringan kesihatan covid, sampel swab covid, arahan kuarantin, pendidikan kesihatan covid serta pengurusan kesihatan mental dan lain-lain.

Kepada semua warga daerah Muallim tercinta, jangan panik dan sentiasa "stay at home" serta keluar hanya jika ada urusan penting sahaja. Sentiasa mengamalkan penjarakan sosial dalam aktiviti seharian, kerap basuh tangan atau guna hand sanitizer, digalakkan memakai topeng muka (mask) jika keluar dari rumah dan sentiasa peka terhadap status semasa covid-19 di Malaysia dengan menginstall applikasi Mysejahtera. Anda adalah tangungjawab kami. Bantu kami dengan amalkan saranan dari pihak KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA iaitu "together we can do this, we can win, protect green zone".

Terima kasih kepada semua staf yang telah terlibat. Anda hebat!!!

#kitajagakita #kamijagaanda
#kitamestimenang #kitasayangmuallim

Pusat Kesihatan UPSI

-MFA-

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon