Friday, 22 May 2020

COVID-19: PM Muhyiddin Yassin dikuarantin 2 minggu bermula hari ini


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah bermula hari ini.

Ia berikutan salah seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat pasca-Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Rabu lalu didapati positif COVID-19.

Ujian saringan COVID-19 ke atas Perdana Menteri pagi tadi bagaimanapun mengesahkan beliau negatif.

Semua ahli mesyuarat tersebut juga telah diarah menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari bermula hari ini.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon