Thursday, 21 May 2020

COVID-19: Sekolah di Korea ditutup semula selepas sehari dibuka

Seoul - Pada 20 Mei yang lalu, sekolah-sekolah di seluruh Korea Selatan dibuka semula setelah ditutup selama lebih dari dua bulan kerana wabak COVID-19.

Walau bagaimanapun, hari pertama sekolah di sana telah dicemari dengan penemuan COVID-19 pada dua orang pelajarnya. Penemuan tersebut mengakibatkan, lebih daripada 60 buah sekolah di Incheon, dekat Seoul, terpaksa ditutup.

Salah seorang pelajar telah dijangkiti coronavirus daripada seorang guru pusat tuisyen yang merupakan sebahagian daripada kluster yang melibatkan sebuah kelab malam di Itaewon.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon