Thursday, 28 May 2020

COVID-19: Sekolah mungkin dibuka semula jika kes kekal rendah - Noor Hisham

Sekolah dan institusi pendidikan lain di negara ini mungkin dibenarkan dibuka semula sekiranya kes baru Covid-19 kekal rendah sehingga 9 Jun, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Pengarahnya, Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya perlu menunggu sehingga minggu pertama Jun sebelum membuat sebarang keputusan bagi meneliti kesan akibat sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

"Dari segi kes harian, jika kita dapat (angka) dua digit yang lebih rendah, atau satu digit, dan mengekalkannya hingga 9 Jun, mungkin kita dapat membuka lebih banyak sektor sosial dan pendidikan," katanya dalam sidang media harian berkaitan wabak itu di Putrajaya petang ini.

Justeru beliau menegaskan disiplin dan kepatuhan masyarakat terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh KKM sangat penting untuk mencapai sasaran.
"Kita percaya jika kita dapat melakukannya, kita dapat menurunkan jumlah kes (lebih rendah).

"Mungkin pada minggu pertama bulan Jun, kita akan melihat apakah musim perayaan ini memberi kesan kepada rakyat Malaysia," katanya.

We Share because We Care

5 comments:

  1. Kalau dah rasa selamat tidak salah dibuka semula tapi tulah jangan lupa SOP.

    ReplyDelete
  2. Kalau anak2 yang masih tahun 1 ini faham ke apa tu SOP. Saya akan berfikir 100 kali nak hantar anak ke sekolah atau tidak dlm keadaan sekarang ini jika sekolah sudah dibuka semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju.. kesian cikgu nak ulang benda yg sama je nnti kt kelas.. klu kelas tu ada 30 student mcm mne? kene fikirkan byk sudut klu nk bukak sekolah ni.. ikot SOP kt kelas, klu ade sekolah yang berasrama??

      Delete
  3. Berfikirlah budak sekolah rendah manalah faham mau ikut sop...klu kita ada depan mata boleh ajar anak pakai sentinizer dengan betul cara cuci tngan ..

    ReplyDelete
  4. learning n teaching online from home lebih sesuai at this moment.. sehingga hujung tahun.. utk semua sekolah dan institusi pngajian tggi.. PLEASE LEARN FROM OTHER COUNTRIES.. BETTER BE SAFE THAN SORRY ��������

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon