Wednesday, 6 May 2020

Guru bertugas: Salah faham, masalah teknikal arahan punca kekalutan - NUTP

PUTRAJAYA, 6 Mei - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) hari ini memaklumkan dalam satu siaran media melalui Facebook rasmi mereka berkaitan arahan bertugas semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada guru-guru di sesetengah negeri hingga menimbulkan kekeliruan dan keresahan.

Menurut siaran tersebut, NUTP memaklumkan guru-guru digalakkan bekerja dari rumah dan boleh hadir ke sekolah jika ada keperluan dengan kebenaran pentadbir sekolah. Ini tidak bermakna pihak sekolah perlu mengarahkan guru-guru untuk bertugas di sekolah.

Guru yang terkandas di kampung/luar kawasan pula mesti pulang dan berada di stesen berkhidmat serta perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan iaitu perlu memohon melalui aplikasi Gerak Malaysia kecuali mereka yang telah diluluskan Cuti Rehat Khas/Tahunan.

Kepada guru-guru yang masih menerima arahan bertugas di sekolah, aduan boleh dibuat kepada NUTP untuk tindakan diambil.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon