Tuesday, 5 May 2020

PKPB: Dakwaan jumlah kehadiran tinggi penjawat ke tempat kerja tidak benar - JPA

Gambar hiasan via Astro Awani
5 Mei, Putrajaya: Semalam, CUEPACS melalui Presidennya menzahirkan rasa terkejut dengan peratus kehadiran penjawat awam yang tinggi ke pejabat pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini melalui satu kenyataan media, menjelaskan bahawa berdasarkan dapatan laporan yang diterima menerusi Kementerian/Jabatan menunjukkan peratusan kehadiran penjawat awam pada hari tersebut tidak seperti digambarkan oleh sesetengah pihak.

Berdasarkan laporan-laporan yang diterima, purata peratusan kehadiran penjawat awam ke pejabat adalah di antara 15 peratus hingga 35 peratus.

Ini adalah berdasarkan catatan kehadiran semasa yang dilaporkan oleh Kementerian/Jabatan masing-masing.

JPA turut menyenaraikan beberapa contoh laporan kehadiran yang diperolehi oleh mereka daripada Kementerian/Jabatan yang telah dihantar kepada mereka; KETSA - 15%, MAMPU - 24%, KPKT - 29%, Kementerian Pengangkutan - 27%, EPU - 28%, KDN - 38%, MITI - 20%, KKMM - 28.18%, MinDef - 27.48%, KPT - 35.01%, KKR - 30% dan KWP - 15%.

Menurut JPA, peratusan ini akan berubah-ubah mengikut masa dan keperluan tanpa menjejaskan prinsip asas dan objektifnya.

Di bawah adalah kenyataan media rasmi daripada JPA:

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon