Thursday, 7 May 2020

PKPB: Kedai gunting rambut masih belum dibenarkan beroperasi - Hisham


Perkembangan COVID-19, Mei 2020.

Jumlah kes positif baharu pada hari ini adalah sebanyak 39 kes.

Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 6,467 kes.

Jumlah pesakit yang sembuh dan discaj adalah seramai 74 orang. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 4,776 kes

Pesakit yang masih dirawat (Kes Aktif) adalah seramai 1,584 orang . Seramai 19 orang daripadanya di rawat di ICU (8 orang memerlukan bantuan alat pernafasan).

Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kematian baharu pada hari ini.
Ini menjadikan jumlah kes kematian di negara kita kekal sebanyak 107 kes.

KKM menasihatkan orang ramai tidak ambil kesempatan dengan kelonggaran PKPB(Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) yang diberikan. Kekalkan langkah pencegahan covid-19 yang diamalkan sebelum ini.

#KawalanKendiri
#StrongerTogether
#KitaTeguhKitaMenang
#KitaMestiMenang
#StayAtHome

KEDAI GUNTING RAMBUT


Kedai Gunting Rambut masih belum dibenarkan beroperasi, akan dibuat pemantauan dan dimaklumkan statusnya dalam masa terdekat ini - Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

KLUSTER PENGAWAL KESELAMATAN CHERAS

KKM telah mengenalpasti satu kluster yang melibatkan pengawal dan anggota keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Cheras, Kuala Lumpur. Sehingga 7 Mei 2020 jam 12 tengah hari, sebanyak sepuluh (10) kes positif COVID-19 telah dilaporkan dalam kluster ini yang melibatkan sembilan (9) warganegara Nepal dan seorang warganegara Malaysia.

Punca jangkitan bagi kluster ini masih di dalam siasatan. Langkah-langkah pembendungan dan pencegahan seterusnya telah diambil seperti mengenalpasti dan menjalankan ujian saringan COVID-19 ke atas semua pekerja dan kontak rapat mereka.

Kesemua kes warganegara Nepal dalam kluster ini tinggal di kediaman yang sama di Cheras. Saringan COVID-19 telah dijalankan ke atas penghuni kediaman mereka, pengawal dan anggota keselamatan di pusat membeli-belah tersebut, dan juga pekerja pasaraya yang berkait rapat. Setakat ini, seramai 436 orang telah disaring, di mana 10 kes didapati positif, 347 kes negatif dan79 orang masih menunggu keputusan.

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Cheras dan Titiwangsa akan terus menjalankan pemantauan ke atas kenaikan kes COVID-19 berkaitan kluster ini. Kesemua kontak rapat setiap kes telah dipanggil untuk tujuan saringan dan pendidikan kesihatan juga telah diberikan.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon