Tuesday, 5 May 2020

PKPB: Kenderaan persendirian bebas, tiada had masa - Ismail Sabri

PUTRAJAYA: Kerajaan mengesahkan tiada had masa keluar untuk kenderaan persendirian mengikut perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob menjelaskan PKPB membebaskan pergerakan kenderaan persendirian, termasuk bagi perjalanan antara daerah.

“Sudah sebut antara daerah dan sebagainya telah dibebaskan, jadi tak ada had dari segi jangka masa untuk keluar,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pemberita adakah kenderaan persendirian boleh berada di jalan raya selepas 10 malam mengikut PKPB.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon