Sunday, 3 May 2020

PKPB: Penjawat awam ada anak bersekolah, OKU boleh terus bekerja dari rumah - JPA

Putrajaya, 3 Mei - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan satu surat siaran berkenaan operasi pejabat kerajaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bertarikh 2 Mei 2020.

Beberapa perkara penting telah disenaraikan bagi memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan apabila ianya mula berfungsi. Ianya juga bertujuan menjaga keselamatan dan kebajikan penjawat awam.

Antara perkara yang perlu dipertimbangkan oleh Ketua Jabatan:

Kelonggaran kepada sebahagian pegawai untuk menggunakan waktu kerja fleksi dan sebahagian untuk bekerja dari rumah secara penggiliran atau sepenuh masa. 
  • Pertimbangan ini hendaklah berasaskan bahawa keberadaan pegawai tersebut tidak diperlukan pada setiap masa atau sepanjang tempoh ditetapkan
Kelonggaran bagi pegawai yang mempunyai tanggungan anak yang berusia 12 tahun ke bawah atau anak-anak berstatus OKU yang bersekolah dan memerlukan penjagaan berterusan untuk bekerja dari rumah
  • Pertimbangan ini hanya melibatkan seorang sahaja penjawat awam (jika kedua suami isteri penjawat awam) sehingga sekolah atau pusat jagaan dibuka.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon