Tuesday, 12 May 2020

PKPB: Sekolah Berasrama Penuh Ditegur Arah Ibu Bapa Murid Hadir Ke Sekolah

Putrajaya, 10 Mei - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) telah mengeluarkan satu surat peringatan untuk sekolah-sekolah berasrama penuh bekenaan arahan yang dikeluarkan kepada ibu bapa murid yang memohon untuk hadir ke sekolah bagi mengambil barangan peribadi mereka di asrama.

Surat tersebut dengan jelas menegur pentadbiran sekolah-sekolah berasrama penuh setelah kementerian menerima aduan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 9 Mei 2020 berkaitan perkara ini.

Kementerian Pendidikan melalui surat berkenaan dengan jelas melarang dan tidak membenarkan apa bentuk permohonan yang melibatkan pergerakan murid ke sekolah di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat demi keselamatan warga Sekolah Berasrama Penuh.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon