Friday, 15 May 2020

PKPB: Sekolah diserbu diarah henti mesyuarat guru sedang berlangsung serta merta

15 Mei, Sipitang - Majlis Daerah Sipitang Sabah telah memuatnaik satu laporan berkenaan Operasi Tindakan Khas Pematuhan Kawalan Perintah Pergerakan (PKP) bagi pasaraya, serbaneka, jualan runcit, restoran, stesen minyak dan pasar am melalui laman Facebook rasmi mereka yang dilaksanakan pada 11 Mei lalu.

Hasil pemeriksaan yang dibuat melalui maklumat awam, Unit Penguatkuasa Majlis Daerah Sipitang beserta Penguatkuasa KKM, Polis dan Tentera mengarahkan sebuah sekolah jenis kebangsaan (S.R.J.K (C) Chung Hwa, Pekan Sipitang) menghentikan dengan serta-merta aktiviti mesyuarat guru-guru kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID-19 di Sipitang.

Menurut laporan bergambar yang disediakan oleh pihak Majlis, satu mesyuarat dipengerusikan oleh seorang pentadbir bersama guru-guru sekolah tersebut sedang berlangsung di dalam sebuah bilik darjah dengan susunan meja dan kerusi dalam format peperiksaan.

Mesyuarat tersebut kemudiannya dihentikan oleh pihak Penguatkuasa Majlis Daerah Sipitang yang turut kelihatan di dalam laporan bergambar tersebut.

We Share because We Care

19 comments:

  1. Rajin tak bertempat guru besar PHD dengan cikgu dan nk tunjuk poweenya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami Sokong tiada salah. Mesyuarat ni untuk guru2 handle budak2 sekolah demi masa depan diorang. Apa salah?

      Delete
  2. dekat sabah, internet tak macam kt semenanjung.. meeting pun duduk asing2.. tak salah rasanya.. takut sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami lagi pedalaman drpd daerah ni. Elok je guna google meet

      Delete
  3. Susah sgt ke nk ikut arahan... Terlebih pandai pun susah la mcm ni...

    ReplyDelete
  4. Hai.. sya ni bukan ape tpi boleh tak Laman Cikgu share ni delete laporan tentang kes tentang sekolah sjkc chung hwa sipitang ni, sebab nanti takut bekas-bekas pelajar sekolah ini tersinggung perasaan mungkin sebab mereka rasa malu kerana diejek oleh rakan sekolah-sekolah yang lain...kita ni sebagai rakyat malaysia jangan lah sampai heboh2 kan di google sebab sekolah sya pun dulu pernah ada kes sampai dihebohkan kat google jdi sya pun paham perasaan mereka... Jdi tolong ya deletw laporan berkenaan kes ini please...

    ReplyDelete
  5. SAYA RASA INI MEMANG SALAH , TETAPI AGAK BAGUSLAH KERANA GURU2 INI MENGAMALKAN 'SOCIAL DISTANCING' , MUNGKIN INTERNET DI SITU TIDAK BERAPA KUAT SEPERTI DI SEMENANJUNG , JADI TERPAKSALAH MEREKA BERJUMPA , DAN TOLONG DELETE NI, KESIAN PELAJAR DI SITU JADI BAHAN EJEKAN

    ReplyDelete
  6. Moga jadi pengajaran buat semua. KPM tak keluarkan apa apa arahan rasmi.. kita patuh la KPM..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guru guru sekolah lain ada meeting tiada masalah. Apa salah diorang social distancing

      Delete
  7. Jadi cikgu terpaksa ikut arahan pentadbir.. Tak ikut arahan pentadbir alamat markah prestasi merudum walaupun arahan tu tak ikut peraturan. Patut pentadbir itu didenda

    ReplyDelete
  8. Kita kena patuh arahan MKN. Ada kebaikannya. Sila patuhi juga arahan dari PPD,JPN dan KPM.
    Bila berlaku macam ini, guru2 dan warga sekolah tentu malu. Cuma persoalan saya, perjumpaan ini segera pihak kerajaan tempatan tahu, ini ada arang dalam yang bocorkan maklumat. Kasihan pentadbir @ GB.

    ReplyDelete
  9. Masalahnya pengetua/guru besar lebih sudu dari kuah. Kalau tak ikut macam macam ancaman timbul kpd guru siap mengata dibelakang lagi..,

    ReplyDelete
  10. Kamu endak tau apa apa jangan pandai pandai. Sabahans Sokong ni Guru Besar. Ngam!!!

    ReplyDelete
  11. Patut la.. Sabah.. memang ndak cerdik manapun.. paluiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. contoh kurang baik. kata2 yg melampau.

      Delete
  12. Hi saya pelajar sekolah sana.... Sedih saya... Sabah goo

    ReplyDelete
  13. Ikut arahan MKN.Siapa kita dlm situasi ini. Semua cikgu nk hadir ke sekolah kerana dh lama tk berjumpa dgn anak2 murid..Tapi dlm situasi sekarang ni semua pentadbir mesti akur dan ikut perintah MKN..

    ReplyDelete
  14. Berfikir rasional. Klu mesyuarat ini tidak salah, kenapa PPB, JPN Sabah tidak keluarkan arahan supaya semua sekolah adakan mesyuarat di sekolah masing2 bagi membincangkan tentang masa depan para pelajar?
    Mungkin NUTP boleh memberikan pandangan bagi pihak guru2 yang kena hadir di mesyuarat tersebut. Mgkn mereka akan dikenakan tindakan undang2 menyebabkan terjejas kerjaya mereka?

    ReplyDelete
  15. contoh kesalahfahaman dalam kerajaan. Di satu pihak perlu buat itu ini. Satu pihak lagi serbu membabi buta. Ini sabotaj cg degil.

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon