Thursday, 28 May 2020

PKPB: Sekolah guna perhentian bas jadi perpustakaan, edar bahan pembelajaran

Perhentian bas digunakan untuk edaran
bahan-bahan pembelajaran kepada murid.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan tidak mematahkan semangat guru-guru sebuah sekolah untuk terus menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya yang kini berada di rumah.

Dalam satu penulisan diblognya, Pengetua SMK Pengkalan Berangan (SMKPB), En. Kamarulzaman Ismail telah berkongsi bagaimana strategi sekolah beliau memastikan setiap murid tidak ketinggalan dalam pembelajaran mereka.

Pelaksaan yang pelbagai cara dan berfasa

Perlaksanaan pembelajaran semasa PKP / PKPB telah dilaksanakan dengan pelbagai cara oleh guru-guru. Di SMKPB juga sama seperti dilaksanakan oleh guru-guru sekolah lain secara dalam talian. Namun corak demografi pembelajaran dalam talian pelajar didapati tidak menentu sepanjang PKP / PKPB ini.
Selepas seminggu pelaksanaan PdP dalam talian untuk Tingkatan 1-5, pihak sekolah mendapati setiap hari berlaku turun naik jumlah pelajar yang berupaya untuk online dan tahap kemampuan untuk pembelajaran online rendah.

Terdapat beberapa masalah antaranya tiada telefon, berkongsi telefon, sikap pelajar, menggunakan telefon ibu atau bapa dan sebagainya. Masalah data dan liputan juga merupakan satu isu.

Kerjasama PIBG dan pihak luar

Sekolah berkenaan kemudiaannya melaksanakan fasa 2 untuk meningkatkan bilangan pelajar yang belajar, seperti menggalakan pelajar menonton TV pendidikan dan mengunakan buku teks, meminta kerjasama daripada PIBG dan MPKK serta kaedah lain yang difikirkan sesuai dengan harapan peratus pelajar-pelajar yang belajar meningkat dan mengikut jadual yang dibekalkan.
Fasa ke-3 kemudian dipacu bagi memastikan murid-murid yang tidak ada akses internet tidak ketinggalan dengan harapan peratusan pelajar belajar berlaku peningkatan. Jurang pembelajaran antara pelajar yang mempunyai akses dan tidak mempunyai akses harus dikecilkan.

Konsep pandu lalu atau drive thru

Melalui konsep ini, pelajar atau ibu bapa boleh mengambil bahan-bahan PdP pada pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang di perhentian bas.
Pihak sekolah juga menyediakan lebih banyak akses dan bergerak menggunakan satu ruang lagi. Ibu bapa dan pelajar-pelajar yang datang bukan sahaja boleh mengambil bahan PdP mereka, tetapi juga boleh meminjam buku-buku rujukan dan buku-buku cerita.

Mereka juga boleh mengambil risalah aktiviti pertandingn kokurikulum, menghantar penyertaan aktiviti kokurikulum dan menghantar tugasan/kerja sekolah yang diberikan.

Semoga segala usaha yang telah dilakukan oleh pihak sekolah akan dapat memberi contoh kepada sekolah-sekolah lain.

Sumber: Channel KZ



We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon