Wednesday, 20 May 2020

Wanita hamil dari Zon Merah positif COVID-19 selepas pulang ke kampung

Putrajaya, 20 Mei – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan satu kes positif COVID-19 melibatkan seorang wanita yang pulang ke Kelantan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, wanita yang hamil 35 minggu itu berasal dari Ampang dan merancang untuk bersalin di negeri Kelantan.
“Kita sedia maklum negeri Kelantan ialah zon hijau. Kes ini melibatkan individu balik kampung dari Ampang, zon merah.

“Apabila kes ini sampai ke kampung dan ke klinik kesihatan untuk menjalankan saringan kesihatan. Kes ini mengandung 35 minggu dan hasratnya untuk melahirkan bayi itu di kampung.”

Wanita itu disahkan positif COVID-19 ketika menjalani ujian koronavirus di klinik tersebut. Tambahnya, pihak KKM sedang menjalankan saringan kontak rapat dan siasatan bagi mengenalpasti jika jangkitan yang didapati itu di kawasan zon merah.

“Kita sedang menjalankan siasatan dan bila ada keputusan, baru boleh maklum pada semua,” katanya.

Makluman mengenai kes tersebut bermula pada minit 27:51.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon