Thursday, 11 June 2020

Buka sekolah: Sarawak sedia pesawat 'sewa khas' pesawat bawa balik guru dari Semenanjung

KUCHING: Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi bersama Sarawak Volunteers akan bantu para guru dari semenanjung untuk kembali berkhidmat di Sarawak.

Menterinya, Datuk Seri Michael Manyin Jawong berkata, ia susulan kesukaran para guru untuk mendapatkan tiket penerbangan yang menyebabkan mereka terkandas di Semenanjung.

“Oleh itu, kita telah mendapatkan bantuan Sarawak Volunteers di bawah Datuk Seri Fadillah Yusof dan kita telah menghubungi mereka untuk mendapatkan nama dan menempah penerbangan.

"Tempahan akan dibuat oleh Sarawak Volunteers tetapi pembayaran tiket adalah ditanggung sendiri oleh para guru," katanya. pada sidang media Pembukaan Semula Sekolah di Sarawak pada Khamis.

Tambah Manyin, sesudah memasuki Sarawak, para guru akan diarahkan untuk kuarantin 14 hari sebelum melaporkan diri di sekolah.

Katanya, para guru yang berkhidmat di kawasan bandar boleh kuarantin di tempat kediaman sendiri manakala guru yang bertugas di sekolah di kawasan pedalaman akan dikuarantin di pusat kuarantin (hotel) yang telah disediakan dan ditanggung oleh kerajaan negeri Sarawak.

Sementara itu, sebanyak 188 buah sekolah di seluruh Sarawak yang bakal memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran secara berperingkat-peringkat mungkin berdepan cabaran.

Manyin berkata, cabaran itu ekoran perbezaan struktur sekolah yang kecil dan penerapan penjarakan sosial dilihat meberi kesan kepada pematuhan sop tersebut.

"Apa yang akan berlaku dengan 20 pelajar yang lain? Jadi di sini kita sudah bersedia, jadi akan meminta guru lain untuk mengajar yang 20 pelajar lagi. Ini untuk fasa pertama, kita hanya membuka untuk Tingkatan 5 dan 6 atas. Oleh itu, pihak sekolah akan menyediakan bilik darjah dan guru," katanya.

Jelas Manyin, apa juga cabaran, pihaknya dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak komited dalam memastikan SOP dan garis panduan dipatuhi di semua sekolah terlibat.

Oleh itu, katanya lawatan berjadual akan diadakan bagi memastikan setiap isu berbangkit dapat diselesaikan sebelum sesi persekolahan bermula.

Sumber: Astro Awani

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon