Wednesday, 10 June 2020

Buka sekolah: Semua guru sekolah rendah, menengah kembali bertugas 24 Jun

Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan 24 Jun ini sebagai tarikh pembukaan sekolah melibatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta peperiksaan antarabangsa yang setara bagi seluruh negara.

Dalam sidang media hari ini Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin memaklumkan pembukaan semula itu melibatkan 500,444 orang pelajar dari 2,440 buah sekolah murid kelas peperiksaan awam dan peperiksaan antarabangsa yang setara seluruh negara.

Semua guru sekolah rendah dan menengah juga akan memulakan tugas di sekolah pada 24 Jun ini. Walaupun sekolah dibuka secara berperingkat, sebagai penjawat, guru akan kembali ke tempat bertugas mereka sebagai persediaan untuk pengajaran dan pembelajaran dari rumah untuk murid kata beliau dalam sidang media tadi.

Sekolah telah ditutup semenjak negara dilanda wabak Covid-19 pada awal Mac yang lalu.




We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon