Tuesday, 9 June 2020

Buka sekolah: Tarikh akan diumumkan pada hari Rabu (10 Jun) - Timb Menteri Pendidikan

‪Tarikh pembukaan semula sesi persekolahan melibatkan 398,446 pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), dijangka diketahui esok.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Muslimin Yahaya berkata keputusan itu akan diketahui melalui mesyuarat antara Kementerian Pendidikan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) yang dipengerusikan Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin, petang ini.

BERNAMA

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon