Saturday, 6 June 2020

Dua murid disahkan positif COVID-19 selepas beberapa hari sekolah dibuka

Menerusi laporan yang dipetik daripada Mirror Uk, pihak sekolah kemudian telah mengeluarkan satu surat kepada ahli keluarga kanak-kanak terbabit. Difahamkan, tujuan surat berkenaan adalah untuk menasihati ahli keluarga supaya menjalani kuarantin diri sekiranya mereka mempunyai kontak dengan kedua murid itu yang juga merupakan adik beradik.
Pada hari Isnin 1 Jun, kami diberitahu bahawa dua anak yang baru sahaja hadir ke sekolah, dari rumah yang sama, telah positif Covid-19 pada hujung minggu.

Guru Besar iaitu Calth Palmer memaklumkan bahawa kedua-dua murid yang dijangkiti Covid-19 itu telah sembuh sepenuhnya. Menceritakan kisah itu, Cath memberitahu pihak sekolah telah menjalankan segala prosedur yang ditetapkan dan sepanjang tempoh ini juga mereka dibimbing oleh Public Health England dan Department for Education.

Kami telah mengikuti semua prosedur yang benar yang disarankan oleh Public Health England.

Pembersihan di sekolah
Selain ibu bapa, kakitangan utama dan murid-murid lain yang terdedah dengan jangkitan juga diminta untuk mengasingkan diri. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan daripada wabak maut tersebut terus tersebar dan menjangkiti orang ramai.

Bukan itu sahaja, pihak sekolah turut memainkan peranan untuk mengamalkan penjarakan sosial seperti yang diarahkan oleh kerajaan. Difahamkan, sekolah rendah terbabit akan ditutup selama 2 hari atas tujuan pembersihan dan sebagai langkah berjaga-jaga.

Sumber: Mirror Uk, Daily Mail

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon