Tuesday, 2 June 2020

Garis Panduan untuk sekolah telah siap, sekolah sedia dibuka?


Sekeping foto telah dimuatnaik oleh satu kumpulan FB memperlihatkan beberapa individu yang dikenali sedang berada di dalam sebuah kelas di sebuah sekolah.

Status FB tersebut secara ringkas menyatakan Garis Panduan sudah dilancarkan. In sha Allah sektor pendidikan akan dibuka semula. Nantikan arahan terperinci daripada pihak KPM.

Foto yang dimuatnaik itu jelas memperlihatkan dua individu penting iaitu Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi bin Jidin dan Ketua Pengarah KKM, Dr Noor Hisham bin Abdullah sedang memegang  dan mempamirkan sebuah dokumen. 

Baru-baru ini KP KKM dalam kenyataan hariannya memaklumkan sektor pendidikan akan diberi kelonggaran untuk beroperasi jika jumlah kes positif COVID-19 kekal dua atau satu digit dalam masa satu minggu akhir PKPB ini. 

Menteri Kanan Pendidikan juga telah memaklumkan di dalam temubual beliau bersama sebuah rancangan tv bahawa garis panduan pembukaan sekolah telah berada diperingkat akhir penilaiannya. 

Menurut SOP awal yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), sekolah hanya akan dibuka untuk murid Tingkatan 5 dan 6 sebagai persediaan untuk SPM dan STPM. 

We Share because We Care

2 comments:

  1. Agreed as long as the school administrators implement the guidelines formulated by the MOH and MKN and everyone plays the role to ensure that any student with the symptoms to stay at home

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon