Saturday, 13 June 2020

Guru sudah kembali bertugas sejak 7 Jun, bukan 24 Jun - Berita Harian

Guru SMK Seksyen 16, Mohamad Khamidon Sadi,
bersama pelajar membuat penanda jarak
serta pelekat laluan mengikut garis panduan
sebagai persediaan pembukaan semula sekolah.
- NSTP/MUHD ASYRAF SAWAL
KUALA LUMPUR: Semua guru sudah pun berada di tempat bertugas masing-masing dan membuat persediaan memulakan tugas mereka sejak 7 Jun lalu.

Ia berikutan arahan yang dikeluarkan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Sekolah), Adzman Talib dalam satu surat pemakluman bertarikh 4 Jun membabitkan guru di sekolah dalam negeri Kumpulan A, manakala guru di sekolah dalam negeri Kumpulan B adalah pada 8 Jun.

Ia sebagai langkah persediaan bagi golongan pendidik menjalankan tugas persiapan pembukaan sesi persekolahan secara berperingkat, bermula dengan pelajar kelas peperiksaan awam pada 24 Jun ini, selain memudahkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Arahan kepada guru itu adalah susulan Arahan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Bilangan 2 2020: Garis Panduan Pengoperasian Pejabat Jabatan Perkhidmatan Awam Bagi Tempoh Semasa dan Selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bertarikh 6 Mei 2020 bagi memastikan penyampaian perkhidmatan berada pada tahap baik dan efektif.

Sehubungan itu merujuk laporan bertajuk 'Semua guru kembali ke sekolah 24 Jun' yang disiarkan sebelum ini adalah kurang tepat.

Sumber: Berita Harian

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon