Sunday, 28 June 2020

KPM jadual semula kali kedua Takwim Peperiksaan Tahun 2020

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat penjadualan semual kali kedua takwim peperiksaan kendaliannya bagi tahun 2020 berdasarkan Pindaan Takwim Penggal Pesekolahan Tahun 2020.

Menurut KPM, penjadualan semula kali pertama peperiksaan di bawah kendaliannya telah diumumkan pada 28 Mac 2020 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mengambil kira perlanjutan PKP dan perkembangan semasa penularan wabak COVID-19, Menteri Kanan Pendidikan pada 15 April yang lalu telah mengumumkan bahawa tarikh peperiksaan awam akan ditunda kepada suku pertama tahun 2021. Ini bagi membolehkan murid mempunyai tempoh pembelajaran yang mencukupi dan dapat membuat persediaan rapi untuk menduduki peperiksaan.

Oleh kerana peperiksaan SPM tahun 2020 dijadualkan bermula pada minggu pertama tahun 2021, KPM telah mengambil kira keperluan untuk mengatur emula pelbagai aspek logistik bagi tujuan peperiksaan tersebut. Ini termasuklah memperincikan tarikh permulaan sesi persekolahan bagi tahun 2020 yang akan dimaklumkan kelak. Penyusunan semula permulaaan sesi ini penting bagi memastikan agas sesi persekolahan pada tahun hadapan berjalan lancar.

Berikut adalah takwim peperiksaan bagi tahun 2020 yang telah dijadualkan semula:

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon