Thursday, 4 June 2020

KPM keluar arahan untuk guru kembali ke stesyen bertugas

Satu surat makluman berkenaan arahan kepada guru untuk kembali ke tempat bertugas telah dikeluarkan oleh Sektor Operasi Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini.

Arahan tersebut menyatakan guru-guru  dikehendaki berada di tempat bertugas masing-masing dan bersedia untuk bertugas setelah tamat cuti pertengahan tahun pada 7 Jun (bagi sekolah dalam negeri Kumpulan A) dan 8 Jun 2020 (bagi sekolah dalam negeri Kumpulan B).

Surat turut disertakan dengan Lampiran Surat Contoh arahan kembali bertugas sebagai panduan pihak sekolah.


Muat Turun: Surat Pemakluman Arahan Guru Kembali Ke Tempat Bertugas

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon