Thursday, 16 July 2020

Aksi tak senonoh dalam tandas sekolah viral, pengawal keselamatan ditahan polis

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung gambar separuh bogel yang diambil di dalam tandas sebuah sekolah dekat sini hingga tular di Facebook.

Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan di rumahnya dekat Taman Permai Jaya, di sini kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata tangkapan dibuat selepas pegawai kanan polis melihat gambar seorang lelaki berpakaian seragam melakukan perkara tidak senonoh yang ditularkan di Facebook.
"Selepas tangkapan dibuat, pihak sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) turut hadir membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

"Pihak sekolah dan PIBG kesal kerana perbuatan itu menjatuhkan imej hingga mereka difitnah tidak melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis sedangkan mereka tidak tahu sehinggalah melihat gambar berkenaan tersebar di Facebook," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek datang membuat laporan polis semalam dengan memaklumkan bahawa dirinya diugut oleh individu tidak dikenali.

"Individu itu meminta wang sebanyak RM5,000 jika tidak mahu gambar separuh bogelnya tersebar kepada umum.

"Kerana takut dengan ugutan terbabit suspek datang membuat laporan polis namun gambar kelakuan tidak senonohnya mula tersebar hari ini," katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon