Saturday, 18 July 2020

Bagaimana nak guna DSKP Penjajaran ni?


PENGAPLIKASIAN DOKUMEN PENJAJARAN KURIKULUM TAHUN 2020

1. Penjajaran terpakai kepada semua model persekolahan. Cuma lebih ditekankan kepada model 3 kerana ketidakcukupan masa.

2. Penjajaran dibuat oleh BPK bagi menjelaskan kemahiran yang perlu diutamakan sahaja. Jika cukup masa, boleh sahaja lakukan PdP ajar seperti biasa (sebelum ini).

3. Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK) bukan sukatan baharu, tetapi diambil dan disusun semula daripada DSKP sedia ada. Bertujuan memudahkan rujukan guru sahaja.

4. Penjajaran (kemahiran asas, kemahiran tambahan, kemahiran pelengkap) dibuat bagi rujukan untuk pembelajaran teradun. Jika masa PdP mencukupi, tidak menjadi apa-apa masalah. Boleh ajar semua kemahiran secara bersemuka.

5. DPK
📕 Terbahagi kepada:
✅Kemahiran Asas (KA),
✅Kemahiran Tambahan (KT),
✅Kemahiran Pelengkap (KP)
➡️ KA mesti diajar bersemuka.
➡️ KT dan KP boleh diajar secara online (GC, whatsapp, telegram dll).
➡️ KT dan KP boleh diajar bersemuka jika ada masa.
➡️ Walau bagaimanapun, guru mesti utamakan/ habiskan KA dulu.

6. RPT
✅ Boleh buat Pemetaan Kurikulum RPT baharu. Namun tak wajib.
✅ Tukar tarikh - tanda KA, KT & KP sahaja
✅ Yang penting guru faham mana KA, KT dan KP

7. RPH
➡️ buat RPH seperti biasa.
Tiada apa-apa perubahan.
➡️ tak wajib tulis KT dan KA dalam RPH.
Cuma digalakkan tulis bagi memudahkan rujukan guru.

➡️ PdP fokus kepada KA dulu. Jika tak cukup masa bersemuka di sekolah, Cg boleh minta murid sambung buat tugasan di rumah.

Guna semua platform online yang ada.
📕 penggabungjalinan PdP boleh dibuat ikut kesesuaian guru dan murid.
KA sahaja boleh
KA + KA boleh
KA + KT boleh
KA + KP boleh
📕 KA mesti ajar setiap kali masa PdP.
✅ PKJR, Sivik, PAK21,
Peta I-think tiada apa-apa perubahan. Ajar seperti biasa.

8. Kesimpulannya, tiada apa-apa perubahan. Buat seperti biasa. Habiskan KA dlm bilik darjah.
Selamat mengajar cikgu!😊

Via @ePendidik

MUAT TURUN SEMUA DSKP PENJAJARAN 2020 SINI

We Share because We Care

1 comment:


EmoticonEmoticon