Thursday, 30 July 2020

COVID-19: KPM sedang buat penilitian untuk benarkan murid kembali ke sekolah

Putrajaya, 30 Julai – Kementerian Pendidikan kini meneliti secara terperinci susulan laporan kes positif COVID-19 melibatkan pelajar sekolah rendah di Sabah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Pendidikan sedang memperinci perkara tersebut sama ada

“Saya difahamkan Kementerian Pendidikan Malaysia sedang meneliti secara terperinci perkara ini dan mempertimbangkan keputusan mereka.

“Mungkin Kementerian Pendidikan akan mengumumkan sama ada untuk tidak membenarkan atau membenarkan lagi pelajar tahun yang rendah atau hanya membenarkan pelajar yang mengambil peperiksaan (ke sekolah).

“Saya percaya perkara ini sedang dipertimbangkan dan Kementerian Pendidikan akan membuat keputusan dalam waktu terdekat,” katanya.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon