Thursday, 16 July 2020

COVID-19: Peralatan keselamatan bukan tanggungjawab guru - Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Pihak sekolah perlu menyediakan peralatan untuk pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah COVID-19 di sekolah masing-masing, termasuk cecair pencuci tangan dan alat saringan suhu badan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penyediaan peralatan berkenaan bukan berada di bawah tanggungjawab guru.

"Apabila kita kata sekolah mesti sediakan cecair pencuci tangan, buat saringan suhu badan dan sebagainya, ia perlu disediakan sekolah, bukan guru secara persendirian.

"Saya difahamkan, Kementerian Pendidikan sudah pun menyalurkan peruntukan kepada setiap sekolah untuk membeli cecair pencuci tangan dan pelitup muka.

"Jadi saya harap, sekolah dapat menyediakan pelitup muka untuk guru dan cecair pencuci tangan untuk pelajar, bukan hanya di pintu masuk sekolah, tetapi juga di kantin," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan muka depan sebuah akhbar hari ini mengenai pendedahan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bahawa terdapat guru membelanjakan ratusan ringgit wang sendiri untuk menyediakan kelengkapan pelindungan diri bagi kegunaan pelajar.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon