Saturday, 25 July 2020

COVID-19: Semua SOP diperketatkan, garis panduan Aidiladha dibentang Isnin ini

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk memperketat semula prosedur operasi standard (SOP), susulan peningkatan kes COVID-19 di negara itu.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, yang dimuat naik oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) di laman Facebook MKN, hari ini.

Selain itu, di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), SOP mengenai sambutan Aidiladha dan kru kapal akan diputuskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP, Isnin ini.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau pematuhan SOP ketika Aidiladha," katanya.

MKN turut memaklumkan, Ismail Sabri berkata, kerajaan memberi tempoh dua hari bermula hari ini kepada 2,897 individu untuk menjalani saringan COVID-19 kali kedua dan jika gagal berbuat demikian, individu terbabit akan terus ditahan dan dihadapkan ke mahkamah.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon