Tuesday, 14 July 2020

Guru lelaki maut ketika persiapan buka sekolah

GURU lelaki maut selepas terjatuh dari balkoni tingkat satu di sekolahnya di Tanah Merah, hari ini, ketika melakukan persiapan akhir sempena pembukaan sekolah esok.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari tadi di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah, mangsa berusia 54 tahun meninggal dunia akibat kecederaan di kepala.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, ketika kejadian mangsa sedang melakukan pemeriksaan air bagi memastikan setiap sinki di dalam kelas berfungsi.

"Mangsa dikatakan memanjat keluar dari dalam kelas ke balkoni belakang sebelum memijak kerusi plastik dan tergelincir jatuh pada ketinggian tiga meter," katanya.

Sumber: Harian Metro

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon