Wednesday, 15 July 2020

Guru pernah lumpuh kongsi pengalaman, prosedur jika sakit kritikal

Seorang guru telah berkongsi pengalaman beliau yang jatuh sakit ketika di dalam perkhidmatan di laman Facebook beliau. Beberapa prosedur dan informasi dikongsi sebagai panduan untuk semua.



Semalam kita di kejutkan dengan kematian seorang guru ketika memasang sinki di setiap kelas.

Untuk setiap kemalangan atau sebarang musibah yang berlaku sewaktu kita berkhidmat, kita tidak akan di beri sebarang pampasan seperti mana ada di persoal oleh guru-guru yang bertanya sebelum ini.

Pernah jatuh sakit

Aku juga pernah jatuh sakit sehingga lumpuh sekejap selama 6 bulan dari 17 jun 2016 dan mampu berjalan semula kesekolah dengan bantuan tongkat pada 2 Jan 2017

Panduan cuti perubatan

Berikut adalah sedikit panduan tentang cuti/perubatan dan maklumat untuk para guru ketahui sekiranya anda terlibat dengan sebarang kemalangan atau sakit kritikal.
  • Cuti sakit kritikal dan kemalangan hanya di benarkan selama 6 bulan saja.
  • Anda perlu memaklumkan kepada pihak sekolah jika tidak mampu ke sekolah. Wakilkan jika tidak mampu hubungi secara personal.
  • Cuti sakit kritikal yang melibatkan kanser cikgu boleh mohon selama 2 tahun tetapi kebarangkalian besar akan di cadang masuk ke kategori POOL. (Rujuk artikel POOL untuk maklumat lanjut)
  • Jika dah cukup tempoh 6 bulan cuti, usahakan supaya anda mampu datang ke sekolah, hadir bertugas seperti biasa dengan pertolongan rakan2 dan kemudian mohon sambung semula untuk tempoh cuti yang baru.
  • Jika majikan melarang atau cuba menyusahkan anda, terus rujuk dengan JPN tanpa melalui PPD. Buat aduan tentang mana2 masalah yang berkaitan.
  • Oleh kerana tiada sebarang pampasan, penjawat awam berhak memohon bantuan perubatan seperti kerusi roda dan ubat2. Sila rujuk pekeliling TUNTUTAN PERBELANJAAN KEMUDAHAN PERUBATAN - UBAT/ ALAT/PERKHIDMATAN PERUBATAN/ RAWATAN
  • Untuk tuntutan bantuan anda perlu simpan semua surat dari doktor, surat cuti, gl dan resit pembayaran/pembelian sewaktu hilang upaya bekerja.
  • Guru di nasihatkan mengambil insurans nyawa atau "medical card" pastikan juga anda mencari ejen yang bagus, bukan mencari insurans yang bagus.
Berbalik pada insurans, pengalaman saya dengan ejen saya sangat positif. Kadang-kadang aku terbaca penulisan netizen mengatakan insurans menipu, bagi aku itu adalah salah anda sendiri.

Bagaimana nak mencari ejen yang bagus? Mudah ja.. Macam aku, aku bertanya pada kawan-kawan yang mempunyai pengalaman tuntutan insurans dengan ejen nya.

Jika tempoh claim tak sampai seminggu, ejen nya sentiasa memberi komitmen penuh, ejen nya memberi penerangan yang jelas serta membantu beri pilihan terbaik polisi insurans, itu lah orang yang anda perlu cari.

Sudah sihat dan kembali ke sekolah

Alhamdulilah... Aku kini sihat kembali dan kini bertugas di sekolah baru yang di penuhi dengan kawan2 yang sangat positif.

Aku bukan ejen insurans, aku bukan ahli dukun yang mampu merawat orang. Aku hanya seorang guru yang mempunyai pelbagai kelemahan.

Niat penulisan aku di atas ni adalah untuk panduan cikgu2 supaya kita lebih berjaga2 dan memandang jauh sebelum kita tersungkur sebelum bersedia.

Jika ada yang terbaca komen aku semalam tentang penulisan aku hari ni, dan jika ada yang ingin aku ceritakan lagi kisah negatif ketika aku sakit, bagi aku cukup lah ia menjadi pengalaman aku yang lepas.

Apa yang penting, kita jaga kita. Jangan terlalu mengharap orang lain, dan sentiasa bersedia menerima apa saja ujian dari Allah.

Aku lagi sekali mohon maaf jika ada tersilap tulis dan salah maklum.

Semoga ia bermanfaat kepada semua yang membaca..


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon