Friday, 3 July 2020

Kaedah penggiliran mustahil dilakukan di sekolah berasrama - KPPM

Imej hiasan via Facebook
KUALA LUMPUR: Ruang atas katil dua tingkat di asrama tidak digunakan selepas persekolahan dibuka bagi mengelak risiko penularan jangkitan menerusi titisan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim, berkata risiko penyebaran penyakit itu di dalam bilik itu menjadi halangan untuk menerima semula pelajar pada kapasiti penuh.

Selain itu, beliau berkata, kaedah penggiliran pelajar untuk kembali ke asrama mengikut sela masa dua minggu bagi setiap kumpulan mustahil dilaksanakan.

"Bukan semua pelajar yang menetap di asrama tinggal di kawasan berhampiran. Sebaliknya, sesetengah mungkin berada di negeri berbeza.

"Sudah tentu menyukarkan aspek penghantaran dan pengambilan semula pelajar sekiranya mereka perlu berulang-alik dari asrama ke rumah masing-masing," katanya, malam ini.

Beliau berkata demikian ketika diundang pada bual bicara dalam talian.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon