Wednesday, 15 July 2020

Kemalangan guru: KPM sedia bincang SOP selenggara bangunan sekolah

TANAH MERAH: Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia untuk berbincang dengan pelbagai pihak berkaitan prosedur standard operasi (SOP) membabitkan isu penyelenggaraan bangunan sekolah.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin, berkata tindakan itu diambil susulan kejadian seorang guru lelaki maut selepas terjatuh dari balkoni tingkat satu bangunan sekolah, semalam, ketika melakukan persiapan akhir sebelum pembukaan semula sekolah.

Beliau berkata, KPM melihat insiden berkenaan sebagai satu pengajaran, selain akan terus memberi komitmen terbaik bukan saja kepada barisan guru dan pelajar tetapi juga keseluruhan kakitangan sekolah.

Sumber: Berita Harian

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon