Thursday, 16 July 2020

Kepadatan sekolah bukan faktor penentu pemilihan model operasi - KPM

PETALING JAYA: Kepadatan sekolah bukan faktor penentu sekolah untuk memilih jenis model operasi kata Kementerian Pendidikan kepada akhbar The Star.

Sekolah diminta menggunakan sepenuhnya bilik pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan bilik-bilik khas untuk memaksimumkan penggunaan ruang yang ada bagi melaksanakan PdP, tambahnya kepada akhbar tersebut.

Awal bulan ini, Menteri Kanan Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin memaklumkan terdapat tiga model operasi untuk dipilih oleh sekolah yang selari dengan panduan pengurusan yang dikeluarkan oleh kementerian.

Beliau memaklumkan juga sekolah boleh memilih model operasi yang bersesuai oleh pihak sekolah.

"Penentuan model operasi ini bersandarkan kepada kapasiti sekolah, keselamatan, kebersihan dan kepatuhan terhadap jarak sosial seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesehatan dan Majlis Keselamatan Nasional.

“(Namun), ruang dan kapasiti setiap sekolah berbeza.

"Setelah mengambil kira penjarakan sosial, model operasi pilihan boleh dilaksanakan mengikut pendekatan yang bersesuaian dengan kemampuan dan keperluan sekolah," kata kementerian itu.

Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah akan memantau dan memberikan panduan kepada sekolah mengenai pemilihan model yang sesuai berdasarkan kemampuan dan kemampuan sekolah mereka, katanya lagi.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon