Thursday, 9 July 2020

Murid Sekolah Berasrama Dibenar Pulang Bercuti Hari Raya Aidiladha - KPM


KUALA LUMPUR: Murid tingkatan empat dan enam semester satu tahun 2020 di sekolah berasrama di bawah Kementerian Pendidikan (KPM), akan kembali bersekolah pada 15 Julai ini.

KPM dalam kenyataannya memaklumkan keutamaan diberikan kepada murid tingkatan empat dan enam dalam usaha memastikan mereka mempunyai masa mencukupi untuk persediaan menduduki peperiksaan awam tahun depan.

Katanya, murid tingkatan satu, dua dan tiga di sekolah berasrama pula akan memulakan sesi persekolahan mereka pada 3 Ogos depan. Sebelum tarikh itu, murid tingkatan satu hingga tiga akan meneruskan pembelajaran di rumah.

"Keputusan ini terpakai kepada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Sukan Malaysia (SSM), Sekolah Sukan Negeri (SSN) dan Sekolah Seni Malaysia (SSeM)," jelas kenyataan itu, hari ini.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon